assoffahurraisiah



Sunday, October 30, 2011

Rahsia Surah al-Kauthsar




Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & ...diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Saturday, October 22, 2011

Dirinya

Ianya terlalu singkat, masa terus berlalu..pejam celik pejam celik... Penuh misteri... ari demi ari terus menunggu dengan kesabaran.. Ckup la dia menyejukan hati.. Lain dari yang lain... puas dipujuk hati.. sukar nk diungkapkan... Mang ade sesuatu dlm dirinye yg wat aqu trtarik... yg wat aqu takut kehilanganye tp dalam mase yg same aqu kene rdha dgn ketentuan ALLAH

Ciri-ciri isteri solehah


1. Membatasi pandangan hanya kepada suami.

2. Membatasi aktiviti hariannya di rumah, menghadkan masa di luar rumah kecuali ada alasan syarak yang menghalalkan dia berbuat demikian.

3. Bersegera meminta maaf meskipun dirinya dizalimi.

4. Memenuhi hak suami dengan baik, mengasuh anak-anak dengan baik serta memenuhi hak kedua-duanya dengan baik.

5. Berusaha supaya sentiasa tampil menarik setiap masa.

6. Berusaha untuk tidak memperlihatkan hal-hal yang tidak disukai suami.

7. Menghindari perkara-perkara yang boleh merosakan penampilanya seorang wanita.

8. Memberi penghormatan kepada suami dengan sesuatu yang membahagiakan dan sentiasa menyenangkan hatinya.

9. Pandai memasak serta pandai menjaga kebersihan diri, ana-anak dan rumahtangga.

10. Cerdas dan cermat dalam bertindak, berbicara dan meminta.

11. Sabar, berani dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab rumahtangga.

12. Menghantar suami ke depan pintu setiap kali suami berangkat ke tempat kerja, menyambutnya setiap kali dia pulang, berterima kasih di atas pemberiannya dan selalu mendoakan kebaikan kepadanya.

Friday, October 21, 2011

Lelaki soleh menurut pandangan al-Qur'an dan al-Hadis

1. Sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya

2. Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah s.w.t.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penu kepada Allah s.w.t dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.

12. Selalu berinfak samada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan kasih sayang sesama mukmindan ukhwah antara mereka.

14. Sangat kuat amar ma'ruf dan anhi mungkar.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.

16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah s.w.t.