Nikmat ukhwahfillah
Semusim bersama, seabad terasa
Itulah realiti dunia ukhwah kita
Kalian sungguh istimewa
Mengenalimu sahabat…
Umpama anugerah terindah dari Sang Pencipta
Mendampingimu sahabat…
Tiada secantik lukisan yang dapat kugambarkan
Sahabat…
Betapa aku bersyukur
Takdir Illahi menyuratkan segala-galanya
Ukhwah ini melengkapkan kitaran hayatku
Berpatri teguh di atas perjuangan yang pasti
Hanya yang memahami bisa mengerti
Detik waktu yang dilalui bersama
Penuh keriangan bersulam ketulusan
Senda gurau yang tercipta
Mengakrabkan lagi ukhwah suci ini
Acap kali menimbulkan butir-butir cemburu di dasar sukma
Namun segala-galanya menjadi sebuah nostalgia
Yang sukar diungkapkan di birai zaman
Mengertilah sahabatku…
Kerana ilmu kita bertemu
Kerana perkenalan ukhwah terjalin
Kerana cita-cita kita terpisah
Kerana ukhwahfillah…..
Ia akan berkekalan dan diredhai Allah….
No comments:
Post a Comment